BLOG INI

Blog ini adalah berkenaan catatan perjalanan hidup aku dan kehidupan masyarakat. Di sini aku buat kelainan dari segi bahasa penulisan-penulisan aku yang lain. Inilah catatan kata hatiku. Ada tak sesiapa yang berkata dalam hati dengan perkataan seperti saya dan awak? 

Inilah kata hatiku dan diriku agar aku rapat dengan korang macam adik beradik. Aku tak mahu musuh dan aku tak mahu timbulkan sebarang masalah. Aku mahu kita semua hidup lebih harmoni. Selama ni, banyak yang nak aku betulkan mana yang tak betul, aku nyatakan dalam hati sebab tak mahu kecilkan hati sesiapa dan tak nak timbul sebarang masalah lain. 

Tapi dalam islam mencegah sesuatu kemungkaran itu wajib dan membetulkan segala tingkah laku yang tak betul adalah suatu kemestian kerana kalau kita hanya berkata-kata dalam hati itu adalah seburuk-buruk teguran. Apa yang tak betul aku betulkan begitu juga korang. Di sini tiada batasan untuk tidak berterus terang. Tapi kalau nak komen tu aku harap korang ikhlas dan membangun. Jangan ada perkataan yang yang buruk dan lucah kerana aku akan memantau. 

Aku akan cuba membuatnya lebih santai lari dari kebiasaan bahasa penulisan aku sebelum ni. Inilah kelainan yang cuba aku buat dan apakah aku mampu untuk buat? Ia akan dilihat dari sokongan dan komen yang membantu dari korang semua.

Saya mohon maaf kepada sifu-sifu BMT, bukan niat untuk merosakkan penggunaan bahasa. Tapi kali ini bahasa yang digunakan untuk blog ini di buat seolah-olah penulis sedang bercakap dengan hatinya atau bercakap dengan kawan karibnya sendiri secara langsung seolah-olah pertuturan itu dijelmakan dalam bentuk penulisan. Matlamat blog ini adalah untuk rakan-rakan yang berkunjung akan enjoy kerana semestinya ia adalah sempoi...