Jangan hampiri maksiat

Akhbar - Berita Harian 30hb Januari 2004

Sedang aku berkemas-kemas rumah, adalah surat khabar yang disimpan bertahun-tahun lamanya aku jumpa dan membelek-beleknya. Satu keratan (memang lepas tu aku kerat pun) yang menarik perhatian aku adalah berkenaan kartun yang menggambarkan pesalah bagi jenayah rogol yang elok di letakkan sekali binatang buas kerana sesuai dengan kebuasan perogol tersebut. Ia pasti akan menjadi pengajaran buat individu yang mempunyai naluri yang sama.

Aku terfikir dan bersyukur kerana aku telah dididik oleh orang tuaku dan guru-guruku serta aku memilih jalan yang jauh dari perkara maksiat dan negatif yang lain. Memilih kawan-kawan yang baik dan tidak mahu berfikir untuk mencuba-cuba sesuatu yang ditegah kerana telah berfikir lebih jauh berkenaan keburukan dari kebaikan yang aku akan dapat. Selalunya yang sedap dari maksiat serta dosa ni sekejap je..Beberapa minit je pun.. Merana dia selepas tu yang tak tahan tu.. Lamaaa... huhu

Islam dah memberi nasihat. "..jangan hampiri zina.." 'Hampir' pun tak boleh. Bila ada pusat hiburan dan kita cakap "nak pergi hanya ingin suka-suka je bukannya nak buat benda-benda yang tak senonoh pun.." Niat tak mahu buat perkara tak senonoh tu bagus. Itu niat awal tu.., tapi langkah kita ke arah tu yang tak bagus. Akhirnya kemungkinan besar kita dapat dosa besar pun sangat cerah.

Ingat! Kita ada pilihan bagi memilih jalan kita.. Fikirlah perkara musibah yang bakal kita dapat jika kita buat sesuatu perkara terlebih dahulu dan jangan mengikut nafsu semata-mata..

Jangan bermain api, terbakar jari, diri yang rugi..

0 comments:

Post a Comment