Merokok di tempat awam.

Korang menghisap rokok atau korang menghidu rokok? Mana lagi bahaya? Bagaimana nak mintak orang berhenti merokok di tempat-tempat awam dan bagaimana jika korang merokok dan ada orang menegur korang agar jangan merokok di tempat awam seperti di kedai makan atau restoren? 

Dah beberapa kali aku ke kedai makan atau di restoren-restoren pasti berdekatan meja aku ada orang hisap rokok. Aku tak hisap rokok, tapi kalau orang hisap rokok dekat dengan aku, aku tak kisah lagi walaupun baju aku bau busuk dan merimaskan sebab asap rokok tu dah melekat kat baju aku. Yang aku kasihankan adalah isteri aku yang tak boleh tahan asap rokok. Dah pelbagai aksi dia buat dengan menutup hidung dia dengan tudunglah.., dengan mengibas-ngibas asap rokok yang sampai kat hidung tapi diorang yang hisap rokok ni tetap buat bodoh atau pura-pura tak nampak. Kalau isteri aku tu mengandung macam mana? 

Selalunya bila aku sampai di kedai makan atau restoren, aku akan memilih meja yang jauh dari perokok tapi bila aku dah duduk dan nak makan, datang pula geng perokok bagaimana cara aku nak cakap kat diorang yang merokok tu agar memadamkan puntung rokok mereka. Adakah nak buat gaya macam stail kat dalam TV tu? 

Manusia ni macam-macam perangai dan sikapnya. Kalau yang boleh terima teguran baguslah tapi kalau yang membalasnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat macam mana? Dan juga kalau yang panas baran tu siap bersingsing lengan lagi.. macam mana tu.. 

Hmmm.. Ingatlah, orang lain juga punyai hak untuk mendapatkan keselesaan.. Kalau tak silap dah ramai mufti atau ulama di setiap negeri memfatwakan merokok itu haram. Ya HARAM! Aku dulu pun pernah juga cuba untuk menghisap rokok ni.. Memang syok dan rasa seperti lelaki sejati. Tapi benda-benda yang boleh menjadikan ketagih ni aku cepat-cepat berhentikan dari terus melakukannya. 

Kenapa kita merokok? Dari sudut kesihatan ramai yang dah tahu akibatnya. Dari sudut agama paling koman pun hukumnya MAKRUH bagi sebilangan ustaz. Bagi perokok mereka akan berpegang kepada hukum ini. Makruh tu walau halal tapi Tuhan tidak suka. Dari sudut sejarah juga sudah nampak tak eloknya. Dari sikap bagi perokok itu sendiri ramai yang dah tahu. Kini sudah senang nak berhenti merokok sebab dah ada banyak petua dan jalan untuk terus berhenti merokok. Jangan buat alasan lagi.

Apa lagi nasihat korang berkenaan orang yang baru nak belajar menghisap rokok, kepada perokok, yang sedang merokok dan pembuat rokok itu sendiri? Janganlah marah atas pos yang aku buat ni. Kita mesti berfikiran lebih terbuka untuk menerima sebarang teguran yang baik.





0 comments:

Post a Comment