Merokok di tempat awam.

Korang menghisap rokok atau korang menghidu rokok? Mana lagi bahaya? Bagaimana nak mintak orang berhenti merokok di tempat-tempat awam dan bagaimana jika korang merokok dan ada orang menegur korang agar jangan merokok di tempat awam seperti di kedai makan atau restoren? 

Dah beberapa kali aku ke kedai makan atau di restoren-restoren pasti berdekatan meja aku ada orang hisap rokok. Aku tak hisap rokok, tapi kalau orang hisap rokok dekat dengan aku, aku tak kisah lagi walaupun baju aku bau busuk dan merimaskan sebab asap rokok tu dah melekat kat baju aku. Yang aku kasihankan adalah isteri aku yang tak boleh tahan asap rokok. Dah pelbagai aksi dia buat dengan menutup hidung dia dengan tudunglah.., dengan mengibas-ngibas asap rokok yang sampai kat hidung tapi diorang yang hisap rokok ni tetap buat bodoh atau pura-pura tak nampak. Kalau isteri aku tu mengandung macam mana? 

Selalunya bila aku sampai di kedai makan atau restoren, aku akan memilih meja yang jauh dari perokok tapi bila aku dah duduk dan nak makan, datang pula geng perokok bagaimana cara aku nak cakap kat diorang yang merokok tu agar memadamkan puntung rokok mereka. Adakah nak buat gaya macam stail kat dalam TV tu? 

Manusia ni macam-macam perangai dan sikapnya. Kalau yang boleh terima teguran baguslah tapi kalau yang membalasnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat macam mana? Dan juga kalau yang panas baran tu siap bersingsing lengan lagi.. macam mana tu.. 

Hmmm.. Ingatlah, orang lain juga punyai hak untuk mendapatkan keselesaan.. Kalau tak silap dah ramai mufti atau ulama di setiap negeri memfatwakan merokok itu haram. Ya HARAM! Aku dulu pun pernah juga cuba untuk menghisap rokok ni.. Memang syok dan rasa seperti lelaki sejati. Tapi benda-benda yang boleh menjadikan ketagih ni aku cepat-cepat berhentikan dari terus melakukannya. 

Kenapa kita merokok? Dari sudut kesihatan ramai yang dah tahu akibatnya. Dari sudut agama paling koman pun hukumnya MAKRUH bagi sebilangan ustaz. Bagi perokok mereka akan berpegang kepada hukum ini. Makruh tu walau halal tapi Tuhan tidak suka. Dari sudut sejarah juga sudah nampak tak eloknya. Dari sikap bagi perokok itu sendiri ramai yang dah tahu. Kini sudah senang nak berhenti merokok sebab dah ada banyak petua dan jalan untuk terus berhenti merokok. Jangan buat alasan lagi.

Apa lagi nasihat korang berkenaan orang yang baru nak belajar menghisap rokok, kepada perokok, yang sedang merokok dan pembuat rokok itu sendiri? Janganlah marah atas pos yang aku buat ni. Kita mesti berfikiran lebih terbuka untuk menerima sebarang teguran yang baik.





Kisah lucu episod 1

Photobucket Image Hosting
Orang gila 1 (OG1) ke bilik air untuk mandi. Tetapi pintu bilik mandi tu telah hilang kerana dicuri oleh rakannya untuk bermain papan luncur di padang. Lalu OG1 mengajak dua orang rakannya bagi membantunya agar beliau dapat mandi.

OG1 : Weii orang gila! Aku mintakla korang tolong aku.. Aku nak mandi tapi pintu bilik mandi dah hilanglaaa..

OG2 : Habis tu ko nak kita orang buat apa?

OG1 : Aku nak korang berdua jadi pintu bilik mandi tu.. Aku malu la nak mandi takde pintu..!

OG3 : Oraitt bos! Berehhh.. (sambil buat tanda bagus)

OG2 : (hanya tersengih menampakkan gigi sambil mengangkat-ngangkat keningnya..)


Photobucket Image Hosting
Pak Pandir menghadiri sebuah kenduri perkahwinan. Semasa membuka penutup lauk dalca yang panas berwap, tiba-tiba Pak Pandir terbersin dengan kuat. Pak Pandir kemudiannya meneruskan dengan menceduk kuah dan lauk pauk yang lain. Kemudian mendapatkan tempat duduk untuk menikmati juadah nasi minyak pengantin...

Pak Pandir : (berkata beliau dalam hati) Aikk..? Apasal rasa macam senang je aku telan nasi minyak ni? Ahh.. makan jelaa..

Kemudian datang seseorang yang duduk dihadapan Pak Pandir. Beliau adalah Tok Penghulu. 
Sedang asyik dan berseleranya Tok Penghulu melantak tiba-tiba dia terkejut dan berkata kepada Pak Pandir.

Tok Penghulu : Aku pelikla orang sekarang... Masak lauk dalca pun masukkan sekali gigi lembu..? Ish! Ish! Ish..!

Pak Pandir : (berkata dalam hati lagi sambil ternganga besar..) Alamak..!


Setiap nama yang dipaparkan tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun juga. Hanya rekaan penulis bagi membuat cerita rekaan jenaka sahaja.


Hak cipta terpelihara. Jika anda berminat dengan cerita yang ditulis oleh penulis, anda dibenarkan untuk mengambilnya tetapi dengan syarat hendaklah di letakkan URL laman web ini dan tidak boleh dikomersilkan. Terima kasih.




Hati mesti ikhlas, niat mesti baik...

Lagi beberapa hari lagi adik bongsuku nak diijab kabulkan. Entah macam manalah agaknya ye? Mudah-mudahan majlis pernikahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. Aminn...

Teringat aku sebelum aku kahwin, aku terlebih dahulu jadi pengapit untuk 3 orang sahabat aku. Aku tak tahulah kenapa mereka ni pilih aku.. Kata orang, bila aku dah jadi best man bak kata omputih, lepas tu turn aku plak jadi pengantin... huhu.. hampeh. Tak boleh pakai 'bak kata' tu.. Apa tidaknya kena jadi pengapit sampai 3 orang baru dapat kahwin.. Sebenarnya itu semua jodoh ketentuan Allah SWT.

Kalau korang nak tahu.. Eh, taknak tau takper aku citer la jugak..huhu

Aku dulu banyaklah gelfren, satu persatu aku dah sampaikan niat ikhlas untuk berkahwin, semuanya ada sahaja alasan nak beli rumah dululah, nak beli kereta dululah, tak boleh lupa cinta pertamalah.. Hai.. Macam-macam.. Punyalah nak cari jodoh sampai ke hulu di Pahang sana nun pun ada..,(Hulu Tembeling lahh..) tak juga panjang sampai ke jinjang pelamin.

Akhirnya dapatlah jodoh jugak walaupun orang rekomenkan.. Tapi bukan mudah untuk aku terima rekomen orang.. Jual mahallah sikit.. huhu.. Kenal orangnya, kenal keluarganya(huii.. anak pak imam tu..) dan beberapa kriteria lain sebelum lulus.. hehe.. Lagi pun aku taknaklah kecilkan hati makcik yang nak rekomenkan pada aku tu..  

At last, aku buat solat istikhorah.. Berapa kali aku solat istikhorah, lupalah plak.. Kemudian, seolah-olah sampai mesej.. Kuat detik hati aku yang inilah jodoh aku.. Bila aku sampaikan niat pada dia(isteri aku tu..)pada waktu tu, macam mudah je tanpa sebarang alasan aku terima.. Tiga bulan kenal, bertunang setahun hidup, sepuluh bulan lepas tu aku kahwin.. Ada plak rezeki nak kawin..dapat kumpulkan duit hantaran, walhal aku manalah simpan duit sangat masa tu.. Rezeki Allah agaknya niat aku baik dan mungkin memang dah sampai jodoh aku.. 

Cinta tak menjamin bahagia. Cinta tak semestinya sampai ke jinjang pelamin. Aku dan isteriku bercinta selepas kahwin. Itu pun yakin dengan solat istikhorah yang telah dilakukan. Ada beberapa tips agar timbul rasa cinta dan berkekalan insyaAllah..
  • Yakin dan percaya serta kahwini seseorang itu yang pertama adalah kerana agamanya. Kerana itu yang kekal hingga ke akhirat. Kalau pilih untuk dapat yang cantik semata-mata mungkin tidak berpanjangan kerana kecantikan tidak kekal. Mungkin apabila kita melihat isteri atau suami kita dah tak secantik macam dulu akan juga semakin pudar cintanya.
  • Bersangka baik
  • Berterus terang
  • Bergurau atau timbulkan sesuatu yang membawa keceriaan.
  • Jangan ada rahsia melainkan jika terpaksa merahsiakan untuk kebahagian jangka masa panjang/berterusan.
  • Apabila salah seorang marah, seorang lagi belajar untuk bersabar terlebih dahulu. Bagi rileks dahulu kemudian bila sudah reda cuba berterus terang/bercakap dengan lembut dengan bijak untuk membetulkan mana-mana kesilapan/kesalahan.
  • Apabila datang persaan tak suka, cuba ingatkan tentang kelebihan dan kebaikan pasangan.
  • Apabila salah seorang berpergian contohnya ke tempat kerja, bersalamanlah kerana dosa akan gugur dicelahan jari. Si isteri mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri. Mesti kalau ada marah sebelum tu akan cepat reda dan hilang. Jangan malu untuk berbuat begitu sekalipun ada orang lain memerhati, tetapi dengan niat jangan menunjuk-nunjuk.
Rasanya itu sahaja tips yang dapat diberikan agar ia sesuai untuk semua bagi dipraktikkan. Doakalah aku semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ye..

Silat pengantin depan pengantin yang telah mengahwini salah sorang gelfren aku dulu.. Hish! Siap ko..! hehe..




Jangan hampiri maksiat

Akhbar - Berita Harian 30hb Januari 2004

Sedang aku berkemas-kemas rumah, adalah surat khabar yang disimpan bertahun-tahun lamanya aku jumpa dan membelek-beleknya. Satu keratan (memang lepas tu aku kerat pun) yang menarik perhatian aku adalah berkenaan kartun yang menggambarkan pesalah bagi jenayah rogol yang elok di letakkan sekali binatang buas kerana sesuai dengan kebuasan perogol tersebut. Ia pasti akan menjadi pengajaran buat individu yang mempunyai naluri yang sama.

Aku terfikir dan bersyukur kerana aku telah dididik oleh orang tuaku dan guru-guruku serta aku memilih jalan yang jauh dari perkara maksiat dan negatif yang lain. Memilih kawan-kawan yang baik dan tidak mahu berfikir untuk mencuba-cuba sesuatu yang ditegah kerana telah berfikir lebih jauh berkenaan keburukan dari kebaikan yang aku akan dapat. Selalunya yang sedap dari maksiat serta dosa ni sekejap je..Beberapa minit je pun.. Merana dia selepas tu yang tak tahan tu.. Lamaaa... huhu

Islam dah memberi nasihat. "..jangan hampiri zina.." 'Hampir' pun tak boleh. Bila ada pusat hiburan dan kita cakap "nak pergi hanya ingin suka-suka je bukannya nak buat benda-benda yang tak senonoh pun.." Niat tak mahu buat perkara tak senonoh tu bagus. Itu niat awal tu.., tapi langkah kita ke arah tu yang tak bagus. Akhirnya kemungkinan besar kita dapat dosa besar pun sangat cerah.

Ingat! Kita ada pilihan bagi memilih jalan kita.. Fikirlah perkara musibah yang bakal kita dapat jika kita buat sesuatu perkara terlebih dahulu dan jangan mengikut nafsu semata-mata..

Jangan bermain api, terbakar jari, diri yang rugi..

Blog kata hati

Assalamualaikum dan Selamat Datang!

Blog ini adalah untuk nukilan aku yang lebih sempoi. Ia di hasilkan untuk menggambarkan apa yang terucap dari hati aku sendiri. Di blog ini aku cuba untuk berinteraksi dengan lebih santai.

Blog ini adalah mungkin sebagai luahan, nasihat, memori, lucu dan apa yang berkaitan dengan kehidupan aku sebelum kini dan akan datang.

Harap korang happy berkunjung ke blog ini ye.. Semoga kita semakin dekat tanpa apa-apa yang lebih formal atau protokol.