Hati mesti ikhlas, niat mesti baik...

Lagi beberapa hari lagi adik bongsuku nak diijab kabulkan. Entah macam manalah agaknya ye? Mudah-mudahan majlis pernikahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. Aminn...

Teringat aku sebelum aku kahwin, aku terlebih dahulu jadi pengapit untuk 3 orang sahabat aku. Aku tak tahulah kenapa mereka ni pilih aku.. Kata orang, bila aku dah jadi best man bak kata omputih, lepas tu turn aku plak jadi pengantin... huhu.. hampeh. Tak boleh pakai 'bak kata' tu.. Apa tidaknya kena jadi pengapit sampai 3 orang baru dapat kahwin.. Sebenarnya itu semua jodoh ketentuan Allah SWT.

Kalau korang nak tahu.. Eh, taknak tau takper aku citer la jugak..huhu

Aku dulu banyaklah gelfren, satu persatu aku dah sampaikan niat ikhlas untuk berkahwin, semuanya ada sahaja alasan nak beli rumah dululah, nak beli kereta dululah, tak boleh lupa cinta pertamalah.. Hai.. Macam-macam.. Punyalah nak cari jodoh sampai ke hulu di Pahang sana nun pun ada..,(Hulu Tembeling lahh..) tak juga panjang sampai ke jinjang pelamin.

Akhirnya dapatlah jodoh jugak walaupun orang rekomenkan.. Tapi bukan mudah untuk aku terima rekomen orang.. Jual mahallah sikit.. huhu.. Kenal orangnya, kenal keluarganya(huii.. anak pak imam tu..) dan beberapa kriteria lain sebelum lulus.. hehe.. Lagi pun aku taknaklah kecilkan hati makcik yang nak rekomenkan pada aku tu..  

At last, aku buat solat istikhorah.. Berapa kali aku solat istikhorah, lupalah plak.. Kemudian, seolah-olah sampai mesej.. Kuat detik hati aku yang inilah jodoh aku.. Bila aku sampaikan niat pada dia(isteri aku tu..)pada waktu tu, macam mudah je tanpa sebarang alasan aku terima.. Tiga bulan kenal, bertunang setahun hidup, sepuluh bulan lepas tu aku kahwin.. Ada plak rezeki nak kawin..dapat kumpulkan duit hantaran, walhal aku manalah simpan duit sangat masa tu.. Rezeki Allah agaknya niat aku baik dan mungkin memang dah sampai jodoh aku.. 

Cinta tak menjamin bahagia. Cinta tak semestinya sampai ke jinjang pelamin. Aku dan isteriku bercinta selepas kahwin. Itu pun yakin dengan solat istikhorah yang telah dilakukan. Ada beberapa tips agar timbul rasa cinta dan berkekalan insyaAllah..
  • Yakin dan percaya serta kahwini seseorang itu yang pertama adalah kerana agamanya. Kerana itu yang kekal hingga ke akhirat. Kalau pilih untuk dapat yang cantik semata-mata mungkin tidak berpanjangan kerana kecantikan tidak kekal. Mungkin apabila kita melihat isteri atau suami kita dah tak secantik macam dulu akan juga semakin pudar cintanya.
  • Bersangka baik
  • Berterus terang
  • Bergurau atau timbulkan sesuatu yang membawa keceriaan.
  • Jangan ada rahsia melainkan jika terpaksa merahsiakan untuk kebahagian jangka masa panjang/berterusan.
  • Apabila salah seorang marah, seorang lagi belajar untuk bersabar terlebih dahulu. Bagi rileks dahulu kemudian bila sudah reda cuba berterus terang/bercakap dengan lembut dengan bijak untuk membetulkan mana-mana kesilapan/kesalahan.
  • Apabila datang persaan tak suka, cuba ingatkan tentang kelebihan dan kebaikan pasangan.
  • Apabila salah seorang berpergian contohnya ke tempat kerja, bersalamanlah kerana dosa akan gugur dicelahan jari. Si isteri mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri. Mesti kalau ada marah sebelum tu akan cepat reda dan hilang. Jangan malu untuk berbuat begitu sekalipun ada orang lain memerhati, tetapi dengan niat jangan menunjuk-nunjuk.
Rasanya itu sahaja tips yang dapat diberikan agar ia sesuai untuk semua bagi dipraktikkan. Doakalah aku semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ye..

Silat pengantin depan pengantin yang telah mengahwini salah sorang gelfren aku dulu.. Hish! Siap ko..! hehe..




0 comments:

Post a Comment